ANEKDOT

Tentang Anekdot

Anekdot adalah cerita pendek yang biasanya mengandung unsur humor atau ironi. Cerita anekdot sering kali menggambarkan suatu kejadian nyata atau fiksyen yang diungkapkan dengan cara yang lucu untuk menghiburkan pembaca. Biasanya anekdot juga mengandungi unsur suspen atau kontradiksi yang mengejutkan, sehingga membuatkan pembaca menarik untuk membacanya.

Ciri-ciri Anekdot

MODUL 1

Berkenalan dengan penulisan kreatif.

MODUL 2

Penulisan Anekdot: Inspirasi Kisah Hidup

MODUL 3

Dari Anekdot ke Buku

Pendek dan Padat

Anekdot umumnya adalah cerita pendek yang tidak panjang. Anekdot menyajikan cerita atau kejadian dalam jumlah kata yang relatif sedikit.

Humor dan Ironi

Salah satu ciri khas anekdot adalah mengandung unsur humor atau ironi yang mampu membuat pembaca tertawa atau tersenyum. Humor ini mungkin dari kejadian yang lucu atau daripada cara cerita yang disusun dengan cermat.

Cerita Nyata atau Fiksyen

Anekdot bisa berdasarkan kejadian nyata yang diubah sedikit untuk efek dramatis atau humor, atau bisa juga murni fiksi. Yang penting adalah cerita tersebut haruslah menarik perhatian pendengar atau pembaca melalui alur cerita yang sederhana namun mengandung nilai hiburan atau pemikiran.

Tentang Nik Mohd Iznan @ Nimoiz T.Y

Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub

Nik Mohd Iznan Bin Tuan Yaakub atau nama penanya Nimoiz T.Y merupakan pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier). Sebelum ini, pernah berkhidmat di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Mukah Sarawak dari tahun 2004 hingga 2008. Selain mengajar pelbagai kursus di jabatan, beliau banyak terlibat sebagai penulis teks ucapan pengarah semasa perhimpunan bulanan atau istiadat konvokesyen dan teks ucapan VVIP konvokesyen.

Berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), Batu Pahat dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai. Seterusnya beliau menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Sains (Kejuruteraan Awam & Struktur) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Beliau merupakan jurutera siswazah yang berdaftar dengan Institusi Jurutera Malaysia (IEM) dan ahli biasa Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).  

Nik Mohd Iznan telah menghasilkan lebih 600 penulisan yang tersiar dan diterbitkan dalam pelbagai akhbar, majalah dan buku. Beliau menulis dalam pelbagai genre termasuklah esei, berita, puisi dan cerpen. Karya beliau telah diterbitkan dalam lebih 50 buah buku atau antologi bersama penulis lain. Sehingga kini, beliau telah menulis 12 buku perseorangan termasuklah ialah Jalan Baru (eSastera Enterprise, 2006), Menjadi Penulis Jutawan (True Wealth Publishing, 2007), Esprit de Corps’ (eSastera Enterprise, 2008), Tukang Auta (Esastera Enterprise, 2011), Republik Korupsi (ESME, 2014), Sang Pelakon (ITBM, 2015), Jaguh Deklamasi (Legasi Oakheart, 2015), Republik Eskapisme (Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub, 2015), Nak Jadi Penulis Tak? (Jootawan Books Sdn Bhd, 2015), Sang Editor & Puntianak Lelaki Terakhir (ITBM, 2016), Membilang Usia Songsang di Lantai Gua  yang Panjang (KataPilar Books, 2016) dan Memperkasa Bahasa dan Sastera Melayu (UUM Press, 2019.  

Kata Pengantar bukunya, Jalan baru telah ditulis oleh sarjana Russia, Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev. Buku Nak Jadi Penulis Tak? Pernah dibeli oleh sebanyak 507 di bawah dana pembelian terus buku-buku karya penulis tempatan untuk perpustakaan desa seluruh negara tahun 2016 dengan nilai belian berharga RM12,675.00. Buku Republik Korupsi pula telah diterbitkan oleh penerbit di Jogjakarta, Indonesia. Buku Republik Eskapisme mendapat dana terbit sendiri oleh DBP dengan nilai RM5,000.00.   Karya-karyanya Nimoiz T.Y telah tersiar dalam lebih 20 jenis akhbar dan majalah termasuklah Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Metro Ahad, Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Tunas Cipta, Dewan Siswa, Dewan Agama & Falsafah, Sarina, Majalah I, Seri Dewi & Keluarga, Pelita Bahasa, Mingguan Wanita, URTV, Pentas Dunia dan banyak lagi. Beliau juga banyak membentangkan kertas kerja dalam bidang teknikal, bahasa dan sastera dalam dan luar negara selain dijemput sebagai ahli panel forum. Selain itu, karya beliau juga turut termuat dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan digunakan oleh pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Puisi beliau, “Mari Kita Cipta Alam Lestari” termuat dalam Antologi Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 & 5 Kubentang Sehelai Peta yang diterbitkan oleh DBP.

Karya beliau juga pernah terpilih untuk disiarkan dalam ruangan sisipan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA).   Karya-karya Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub juga telah memenangi hampir 30 hadiah dan sayembara penulisan. Puisi beliau, “Sang Pelakon” memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2006/2007 manakala cerpen “Batu Niah & Harapan” memenangi HSPM 2008/2009. Antara hadiah lain yang pernah diperolehi ialah Johan Sayembara Menulis Puisi Merdeka KUiTTHO 2003, Hadiah Utama Sayembara Puisi Perang eSastera.com 2003, Johan Anugerah Penyair Alam Siber 2003, Hadiah Peraduan Puisi Sains KaryaNet 2004, Johan Anugerah Penyair Alam Siber 2004, Johan Anugerah Novelis Alam Siber 2004, Tempat Kedua Peraduan Cereka Sains KaryaNet 2005, Sagu Hati Peraduan Menulis Esei Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2006, Johan Anugerah Penyair Alam Siber 2006, Tempat Ketiga Anugerah Cerpenis Alam Siber 2006. Penerima Anugerah Penerbitan Alumni Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 2008, Johan dan 2 saguhati dalam Sayembara Puisi Perpaduan 2009, Penerima Anugerah Sasterawan Alam Siber (ASWAS) II 2009, Tempat Kedua Peraduan Mengulas Buku Sempena PBAKL 2012 anjuran ITBM, Saguhati Pertandingan Mencipta Tema Hari Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Perak 2012, Saguhati Peraduan Mencipta Slogan Sempena PBAKL 2014 anjuran ITBM, Pemenang Hadiah Sastera Darul Ridzuan 6 2016/2017 dan Tempat Kedua Sayembara Menulis Puisi Gerakan Dekad Bahasa DBPWU 2018.  

Beliau telah membimbing ratusan penulis dalam lebih 20 bengkel penulisan di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang. Peserta bengkel terdiri daripada pelbagai lapisan termasuklah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah, guru, pelajar politeknik, pelajar kolej swasta, pensyarah politeknik, pensyarah IPG dan pensyarah universiti swasta. Beliau juga sering diundang menjadi hakim dalam pelbagai sayembara penulisan anjuran pelbagai pihak termasuklah sayembara puisi berunsur Islam Ireland -United Kingdom ke-2 tahun 2006. Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub merupakan seorang perekabentuk kreatif.

Di politeknik, beliau banyak terlibat dalam merekabentuk buku program, kulit buku pensyarah, poster, gegantung, kad nama dan lain-lain, Berpengalaman mengajar kursus Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Mukah Sarawak dan Computer Aided Design & Drafting (CADD) di Politeknik Ungku Omar. Beliau merupakan salah seorang penggubal silibus Engineering Drawing & Computer Aided Drafting DCC10012 kod terkini yang digunakan oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Awam seluruh Politeknik di Malaysia. Dalam bidang rekabentuk grafik, beliau merupakan pemenang saguhati pertandingan reka bentuk logo Kementerian Pelancongan Malaysia (Ministry of Tourisme – MOTOUR) pada tahun 2011. Logo ciptaan beliau juga turut mendapat hadiah saguhati pertandingan reka bentuk logo Pusat Pelancongan Malaysia (Malaysia Tourism Centre – MATIC) dalam tahun yang sama. Pernah menerima anugerah The Best Poster Award semasa program Sustainable Development Week 2010 (Sustainable Living and Engineer) anjuran Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM, Skudai.  

Selain itu, beliau juga merupakan perekabentuk logo 10 Tahun Pertubuhan Peradababan Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN). Malah, beliau telah terlibat merekabentuk dan memberi khidmat perundingan untuk penerbitan lebih 150 buah buku pelbagai agensi termasuklah Politeknik Mukah Sarawak, Politeknik Ungku Omar, Esastera Enterprise, Legasi Oakheart, Katapilar Books, Air Publishing, ITBM, Tinta Nasuha, Pustaka Dewan Puisi (PDP), GEMA, Karyawan Pk, PERADABAN, Pekdis dan banyak lagi. Malah, beliau juga pernah terlibat merekabentuk buku penulis atau penerbit luar negara termasuklah Singapura, Thailand dan Indonesia.   Dengan kepakaran yang ada, beliau juga banyak diundang menjadi pemakalah dan penulis kata pengantar hampir 10 buah penulis lain.

Sesungguhnya, kecintaan Nimoiz T.Y atau Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub terhadap bahasa Melayu sangat tinggi dan kental kerana bahasa Melayu baginya merupakan sendi tamadun bangsa. Pada beliau, teknologi dan bahasa harus bergerak serentak dalam arus pemodenan negara.

Tip Penulisan Anekdot

Gunakan bahasa yang mudah

Pilih kata-kata atau frase yang bisa meningkatkan efek humor atau ironi. Hindari bahasa formal yang kaku, kecuali jika itu adalah bagian dari gaya atau karakter anekdot tersebut.

Tentukan isi utama

Jelaskan dengan jelas apa inti dari anekdot tersebut. Fokus pada apa yang membuat cerita tersebut menarik atau lucu.

Pilih Kejadian yang menarik

Pilihlah kejadian atau pengalaman yang unik atau memiliki unsur humor atau ironi yang kuat. Anekdot yang baik biasanya berasal dari momen-momen kecil yang bisa menjadi lucu atau menggelitik.

Sederhana tetapi padat

Anekdot harus singkat dan padat. Hindari detail yang berlebihan atau berbelit-belit. Gunakan kata-kata yang efektif untuk menyampaikan cerita secara langsung.